 |
| Gambar hiasan |
Mandi malam sering dikatakan memudaratkan kesihatan dan mengundang timbulnya penyakit contohnya seperti paru-paru berair dan sebagainya. Adakah ia benar atau sekadar mitos?
Kemungkinannya ada benar dan ada salahnya juga. Tetapi setiap sesuatu itu pasti ada kebaikan serta keburukannya. Hal mandi malam ini sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang yang sudah terbiasa untuk mandi malam. Tahukah anda? kebiasaan ini sebenarnya ada manfaat dan kelebihannya dari segi kesihatan badan kita setelah aktiviti seharian.
Beza mandi pagi akan terasa kurang konsentrasi kerana perlu bergegas mempersiapkan diri ke tempat kerja. Ketika pulang dari aktiviti seharian, badan berkeringat, letih dan lesu. setelah itu, mandi malam dengan semua beban fikiran untuk pergi menghadapi kerja dan aktiviti seharian tidak menganggu lagi. Justeru itu fikiran akan menjadi tenang ketika mandi oleh air yang dingin mengaliri tubuh.
Secara kebiasaannya, kita pasti dapat membezakan waktu mandi pagi dan mandi malam. Selesai dengan kerja seharian pasti mandi waktu malam akan dapat diluangkan lebih lama kerana fikiran tidak lagi dibelenggu.
- Memberikan Kesegaran yang Lebih
Air diwaktu malam lebih banyak mengandung kadar dinginnya daripada waktu siang. Jadi, perbezaan ketika kita mandi pada waktu malam kesegarannya lebih terasa dan otot-otot tubuh badan yang lelah kembali pulih segar dan rileks.
Mandi malam juga dapat menurunkan tekanan darah. Ketika seseorang mandi di waktu malam, tekanan darah akan turun sendiri secara tidak langsung stress berkurangan.
Setelah mandi malam, badan bersih dan segar, suasana fikiran lapang, tenang dan rileks ketika merebahkan tubuh badan untuk tidur.
Mandi juga mengurangkan kesakitan otot (mandian air suam), usus berfungsi dengan lebih cekap untuk proses menyahkan toksin dan mengekalkan kulit yang sihat serta cantik. Jadi kita perlu menjaga kebersihan badan dengan mandi setiap masa supaya terhindar dari penyakit. Mandi malam sebenarnya tidaklah mendatangkan penyakit atau memudaratkan kesihatan tetapi lebih banyak kebaikkannya dari keburukan.
0 comments:
Post a Comment
Sila berkomen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan mudah difahami.
No spam & komen anda HARUSLAH berdasarkan topik diatas.
Link aktif & komen dengan bersertakan iklan akan dipadam serta merta!