Google Webmaster Tools adalah perkhidmatan web percuma yang disediakan oleh Google. Perkhidmatan ini pada asasnya dibina untuk webmaster dan pemilik laman web. Terdapat banyak perkara yang boleh kita manfaatkan dengan menggunakan Google webmaster tool contohnya seperti access search statics, check blog crawl status, blog index stats dan lain-lain. Untuk mengakses webmaster tools kita perlu submit blog ke Google webmaster dahulu.
Bagaimana Untuk menambah Blogger Blogspot Ke Google Webmaster Tools
Langkah 1
Buka URL Google Webmaster dan log in dengan e-mel sendiri. Selepas itu, klik button "ADD A SITE" untuk tambah blogger blogspot anda ke webmaster tools.
Langkah 2
Sekarang kotak URL popup akan muncul dan masukkan alamat blog/web (URL) di dalam teks box.
Nota: Jangan klik pada button VERIFY dahulu sebelum menambah tag HTML pada template blog.
Langkah 3
Buka akaun blog yang telah anda tambah ke webmaster tools pada tab baru , dan kemudian klik Template → Edit Html dan cari <head> dalam kod template.
Paste tag HTML di bawah <head> dan save. Sekarang kembali ke Webmaster Tools dan tekan button VERIFY. Tahniah, anda berjaya menambah blog anda untuk Google webmaster Tools .
Orait, itu sajalah cara menambah blogger blogspot ke Google webmaster Tools. Happy blogging & keep sharing ^-^





0 comments:
Post a Comment
Sila berkomen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan mudah difahami.
No spam & komen anda HARUSLAH berdasarkan topik diatas.
Link aktif & komen dengan bersertakan iklan akan dipadam serta merta!