Seorang blogger yang berjaya akan sentiasa mencari cara berbeza & berlainan demi untuk menjana trafik organik untuk blognya . Dengan trafik organik, pelawat yang datang ke blog adalah seperti dari search engine contohnya Google. Agar blog ter-index di search engine Google, anda perlu submit sitemap blog anda di Google Webmaster tools. Tetapi sebelum submit, blog anda perlu ditambah ke Google Webmaster tools terlebih dahulu. Baca tentang Bagaimana cara untuk menambah blogger blogspot ke Google Webmaster tools.
Orait, sebelum memulakan tutorial , jom lihat apa sebenarnya Sitemap itu?
Sitemap ada dua jenis iaitu HTML dan XML. Saya akan terangkan salah satu disini iaitu XML yang pada dasarnya adalah fail teks yang mempunyai senarai laman blog yang wujud pada web log anda.
Web crawler menggunakan sitemap ini untuk mencari blog anda dan ia membantu dalam mengindeks post anda di Search engine seperti Google.
Bagaimana Cara Untuk Submit Sitemap Blogger Blogspot Ke Google Webmaster Tools
Sebelum submit sitemap ke Google, blog anda harus sudah ditambah ke Google Webmaster Tools. Klik di sini jika belum lagi dan jika blog anda sudah ditambah ke Google Webmaster Tools teruskan langkah yang berikut ini.
LANGKAH 1
Login akaun Google Webmaster Tools anda dan klik pada URL blog anda untuk mengakses web tools.
LANGKAH 2
Di bahagian sebelah kiri webpage Klik Crawl → Sitemap , Sekarang klik pada Button merah di sudut atas sebelah kanan " ADD / TEST SITEMAP ".
LANGKAH 3
Sebaik sahaja anda klik pada "ADD / TEST SITEMAP", akan muncul popup box. Masukkan kod berikut pada text box selepas URL blog anda dan klik submit sitemap.
atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
Jika blog anda mempunyai lebih daripada 500 post, anda perlu menambah satu lagi sitemap. Ikuti langkah daripada langkah 3 sekali lagi dan tambah kod berikut didalam teks box.
atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=500
Sekarang happy lah sudah sitemap blog anda telah disubmit ke Google dan peluang yang tinggi blog post akan diindeks lebih cepat daripada yang sebelumnya. Harap tutorial ini bermanfaat. So, enjoy semua. Happy blogging & keep sharing sampai puas ^-^





0 comments:
Post a Comment
Sila berkomen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan mudah difahami.
No spam & komen anda HARUSLAH berdasarkan topik diatas.
Link aktif & komen dengan bersertakan iklan akan dipadam serta merta!